Selasa, 12 Mac 2013

HOKKAIDO CHIFON CUPCAKES


Assalamualaikum...
Selamat tengahari, alhamdulillah jumpa lagi di sini.Semoga  ceria-ceria selalu di samping tugas harian.

Alhamdulillah dapat saya merasa Hokkaido Chifon Cupcakes ni, sebab dah lama sangat teringinnya..Tempohari nampak resepi yang telah dicuba oleh kak Ita Masam Manis di rasa.karangkraf online, nampak cantik dan menyelerakan.Terpanggil terus nak try.Hehe...orang lain dah sampai bulan dengan kek Hokkaido, sebelum ni saya cuma tengok je bulan mengambang dari bumi..


Ternyata tersangat gebu dan sedap cupcake ni......Itulah yang dapat digambarkan di sini.Tq kak Ita atas perkongsian.Untuk sumber empunya resepi asal saya tak pasti, sebab saya cuba buka blog kak Ita dan search resepi ni, tapi tak dapat...

HOKKAIDO CHIFON CUPCAKES

Bahan-bahan:
4 biji kuning telur
30gm gula  kaster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola (minyak masak pun boleh)
55 gm tepung kek
20 gm tepung kastad
1 sudu kecil baking powder

Dalam bekas lain:
4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80gm gula kaster

Cara memasak:
1.Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
2.Sediakan ramekins 8 biji bersaiz besar atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras atau boleh juga gunakan cawan muffin.
3.Satukan tepung kek, tepung kastad dan baking powder.Kemudian diayak 3 kali.
4.Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk.Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
5.Masukkan bahan yang telah diayak tadi dan gaul rata.
6.Dalam bekas lain (pastikan bekas berkeadaan kering), pukul putih telur dan garam hingga bebuih.Tambahkan 80gm gula sedikit-sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku.(soft peaks)
7.Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.Gaul rata dengan menggunakan kaedah kaup balik.Kemudian masukkan baki adunan dan gaul sehingga dengan kaedah yang sama.
8.Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaram 80%.Hentakkan sedkit bekas ramekins untuk mengurangkan gelembung udara pada kek.
9.Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit.Keluarkan dari oven bila kek masak.Hentakkan bekas ramekins sekali lagi dan biarkan kek sejuk.
10.Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.

CREAM CUSTARD
Resepi:Honey

Bahan-bahan:
1 sudu besar tepung (saya guna tepung kastad)
1 sudu besar tepung jagung
4 suud besar gula
200 ml (1 cawan) susu segar
1 biji telur (saiz L)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila

Cara memasak:
1.Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
2.Masukkan 1-2 sudu besar susu.Kacau rata jangan ada yang berketul-ketul.
3.Masukkan telur dan kacau lagi.Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
4.Wrapping mangkuk dan masukkan dalam microvawe.Guna suhu yang tinggi dan masak sehingga pekat.
5.Setiap satu minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.Ulang sehingga pekat.
6.Bila dah siap,masukkan butter dan kacau rata.

Tips:
*Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dengan api yang sederhana.
*Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan 'cream custard' yang licin.
***(saya guna kedah double boiler)






12 ulasan :

Unknown berkata...

tergoda lah tengok yg gebus gebas tu Rohah kalau dpt makan mmg tak tido tenghari ni haha

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

gebunya!!!!

Mamasya berkata...

Aslmkum Rohah
hokaido kek ni dah lama masuk senarai....tp tak buat2 juga. tengok Rohah buat ni gebus...teringin pula...

Azie Kitchen berkata...

Aduh sungguh mengancam. Boleh buat ni sb masih ada lemon curd

asyifamustaffa berkata...

kek gebu yg mmg sedap...:-)

ummiaisyah berkata...

hehehe..dh sampei le k bulan ye rohah...akak juga yg still kt bumi!

tun_telani berkata...

Salam kak rohah ^^ tun xbuat lagiii.. huhu.. teringin x buat tp xbuat2 pun, penah beli je sekali..

Qasey Honey berkata...

aduhhh nmpknye smakin ketinggalan la...xtry lg kek ni..nmpk mmg sgt gebu n lembut

Amie berkata...

alahai... tengok bulan mengambang dari bumi akhirnya sampai juga ke bulan... daripada aku ni masih menghitung rumput di bumi sampai tak sempat memandang bulan ha ha ahahhh... cantik betul kejadiannya tu Rohah!

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

assalam Rohah
skrg cc ni jadi feberet anak2 akak dah, he heee akak pun suker
kadang2 buat sehari je lesapp

Yatie berkata...

cantiknya kek Rohah ni, akak gak yg tak terbuat2 kek ni...rasanya pasni mesti buat gak..comel je tngk...

Marsita Yahya berkata...

salam,,,ni dlm list nak buat tapi tak terbuat-buat hu hu...