Isnin, 8 Oktober 2012

NASI JAGUNG caraku jua..


Assalamualaikum...
Selamat malam..Alhamdulillah jumpa lagi di sini di atas limpah kurnia dan rahmat yang Esa.
Seperti yang dijanjikan pada N3 Ayam Boxing Bersos, saya ada menyebut tentang Nasi Jagung yang telah dipadankan dengan menu ayam tersebut.Nasi ni memang kerap saya buat sebelum2 ni cuma  belum bersedia & berkesempatan untuk diambil koleksi gambarnya untuk dikongsi bersama.Kebetulan kali ni saya menyediakannya jatuh pada hari cuti hujung minggu, jadinya berkesempatanlah saya untuk snap pic caca merba disamping tidak terganggu sangat dengan urusan menjemput anak2 pergi dan pulang sekolah.
Walaupun nasi ni hanya digandingkan dengan menu kering tanpa kuah banjir2..hihi (Ayam Boxinglah tu...), tapi dari ayah ke anak makan menambah2..alhamdulillah, memang diaorang suka..
O.klah, untuk rujukan bersama saya sisipkan resepinya di sini.Kalau berkeluarga besar tu bolehlah adjust kat kuantitinya sahaja.Selamat mencuba ye!

NASI JAGUNG
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan: (anggaran 6 orang)
2 1/2 cawan beras basmathi
1/2 cawan susu cair
3 cawan air (bergantung pada beras juga/ ikut kesesuaian)
2 helai daun pandan | simpul
1 labu bawang besar | *separuh kisar & separuh lagi hiris
2 ulas bawang putih | hiris
2cm halia* | kisar
2 kuntum bunga lawang
3/4 cawan jagung krim (dalam tin)
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar mentega
1 1/2 sudu besar garam
Sedikit pewarna kuning

Cara menyediakan:
1.Rendamkan beras seketika, cuci dan toskan.
2.Kisarkan separuh bawang besar bersama bawang putih dan halia.
3.Panaskan minyak sapi dan mentega, tumiskan bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan hirisan bawang besar dan bawang putih, bunga lawang dan daun pandan.Kacau.
4.Masukkan beras, gaul rata bersama susu cair.Masukkan air secukupnya bersama garam.Kacau sedikit.
5.Tanak nasi seperti biasa.Apabila nasi mula mengering, masukkan jagung krim dan kacau rata perlahan-lahan.Selepas itu titiskan sedikit pewarna kuning di merata bahagian.Tutup semula periuk nasi.(Tak perlu gaul dahulu ketika ini).Biarkan tanak seketika.
6.Setelah masak, barulah dikacau sedikit.
7.Hidangkan dengan lauk yang sesuai.

7 ulasan :

ijayuji berkata...

Salam kak roha! best3!! suke nasik2 mcm ni tp kalau kita suke lwnkan dgn acar nenas eeeeee... lama tak makan mcm ni kena sabo tunggu dulu huhu..

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

assalam Rohah
ni kan mesti anak dara akak tu suker ...habis nanti jagung2 tu dikutipnya he he
nampak sedap dan menyelerakan

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Salam, Rohah.. nasi jagung tu peken ngan ayam boxing tu, aiiii, rasa nak bertinju balik ni.. hihi

rahel berkata...

Selamat pagi Kak Rohah..Rahel nak nasi jagung satu pinggan...penuh yer...hehehe..sedap tu kak...

Amie berkata...

kalau bab jagung ni... memang suka Rohah... anak2 kalau boleh biar lebih jagung dari nasik he he he ehhh

Nadz Nazharzan berkata...

Rohah, nasi jagung satu pinggan dengan 2 ketul ayam boxing yer..hahaha

Norzie hany berkata...

Sedap nampak nasi ni....mesti ada rasa manis jagung tu kan.Terliur sudah.